21 November 2014

Merahsiakan Pertunangan ♥



Assalamualaikum..


Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.

Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan jangan bertunang dalam tempoh yang terlalu lama.


Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.


Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup selama-lamanya sampai mati.






21 September 2014

Yuuhuuuuu I'm Back ♪ ♫ ♩ ♬♪ ♫ ♩ ♬


Assalamualaikum w.b.t

MasyaAllah, dah 9 bulan takde post pape kat blog ni..
huhh,,banyak betul sawang tergantung.. hahaa (krikkrik)
busy.. busy.. and busy . macam PM plak busy aku ni
hmm, sedar tak sedar dah nak habis pun 2014, skarang dah hujung bulan 9 kan
yeeehaaa 1 month to go.. pastu habis la stpm aku, then membela badan bfore dapat tawaran mana2.. inshaaAllah kalau ada rezeki

Dalam tahun ni, aku dapat dua anak saudara. fuhh cepat kan...
diorang beza dalam 4bulan camtu je 


this is Muhammad Adam Khalif.. anak kakak yang ke-2


and this yang kedua, Siti Maryam Humaira anak kakak sulung

semoga kamu semua membesar mnjadi anak yang soleh & solehah ye Adam and Maira.. aminnn


hmmmm..


dan aku, membela badan sampai lagi besar dari mak. HAHA 


ok lah sambung lagi nanti. 
Assalamualaikum