Selamat Hari Lahir Ayah...
hanya doa yang mampu kusampaikan untukmu
Ayah, kalau ayah masih ada sekarang tentu aku sangat bahagia
tentu ayah bangga dengan kejayaan anak-anak ayah sekarang
tapi Allah lebih sayangkan ayah,, itulah takdir
takdir yang tak dapat kita ubah dan dipertikaikan
dulu waktu kecil,setibanya hari lahirku pasti aku akan mendapat pelbagai hadiah dari ayah
bangun saja untuk ke sekolah,pasti aku dikejutkan dengan ucapan dan hadiah dari ayah
hari ini cukup 10 tahun ayah meninggalkan kami
Hatiku tersentuh kerana berjumpa denganmu dalam mimpiku kelmarin
ayah nampak sihat
ayah nampak bahagia
YaAllah, betapa seronoknya diriku dapat bertemu dengan ayahku walaupun hanya seketika
ingin ku sebarkan ke seluruh dunia betapa seronoknya kurasa kini
belum sempat ayah melihat kami membesar seperti sekarang
belum sempat ayah melihat dan menyentuh cucu sulungmu
belum sempat untuk kami membalas jasa ayah membesarkan kami
Ayah, Selamat Hari Lahir..
engkaulah wiraku
engkaulah bapaku
tiada yang lain boleh menggantikan kau
Anakmu ini hanya mampu mendoakan kesejahteraan dan ketenagan buatmu
Semoga dengan takdir Allah yang Maha Berkuasa, suatu hari nanti kita akan bertemu lagi dalam pertemuan yang sangat bermakna
Anakmu ini terlalu merinduimu
terlalu merindui suaramu
terlalu merindui jenakamu
terlalu merindui kasih sayangmu
terlalu merindui senyuman manismu
terlalu merindui belaian seorang bapa sepertimu
kerana sudah terlalu lama kita tidak berjumpa
YaAllah,
tempatkanlah ayahku disisi orang yang beriman, orang yang soleh dan wali-wali agungMu
janganlah Engkau siksa dia, janganlah Engkau sakiti dia
dia juga hambaMu yang lemah dan tak terlepas daripada malakukan kesalahan
sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, kumohon Kau cucuri doaku
doa seorang anak yang lemah serta penuh dengan dosa ini
tapi kelemahanku bukan penghalang untukku memohon doa terhadapMu
kerana aku tahu,Engkau Maha Mendegar, Maha Melihat dan Maha Penyayang :)
Ayah,
emak telah berjaya membesarkan kami seperti sekarang
emak telah berjaya membesarkan kami seperti sekarang
dialah Ratu hidupku
dia telah menunaikan tanggungjawab yang telah ayah tinggalkan buatnya
dia seorang yang kuat,cekal dan penyabar
dia seorang isterimu yang hebat ~