21 November 2014

Merahsiakan Pertunangan ♥



Assalamualaikum..


Pertunangan merupakan mukaddimah kepada perkahwinan. ianya diharuskan didalam islam bagi memberi peluang kepada si lelaki atau perempuan untuk mengenali pasangan masing -masing dengan lebih dekat lagi.

Tempoh pertunangan ini juga merupakan masa bagi seseorang itu untuk membenihkan roh persefahaman ikatan kasih sayang dengan pasangan masing -masing ke arah melahirkan sebuah mahligai keluarga yang bahagia.
Kita sebaik-baiknya merahsiakan pertunangan. Bersederhana kan lebih bagus. Dan jangan bertunang dalam tempoh yang terlalu lama.


Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:
“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan”(Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Pertunangan adalah suatu komitmen yang belum pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan, boleh juga tamat pada kesudahan yang tidak diharapkan.
Namun ulama’ menjelaskan bahawa di antara hikmah Islam menggesa pertunangan itu tidak dihebah-hebahkan ialah kerana untuk menjaga nikmat ini daripada dirosakkan oleh hasad manusia yang bertindak tidak baik. Ia dijelaskan demikian di dalam Hashiah al-’Adawi ‘ala Sharh Mukhtasar Khalil.


Kerahsiaan pertunangan itu juga menjadikan kita terkawal dari berkelakuan seperti sudah bersuami isteri kerana hakikatnya seorang lelaki dan perempuan yang bertunang, masih asing dan sedang berada di medan ujian mengawal diri dan bijak mengatur komunikasi dengan pasangan yang bakal menemani hidup selama-lamanya sampai mati.






21 September 2014

Yuuhuuuuu I'm Back ♪ ♫ ♩ ♬♪ ♫ ♩ ♬


Assalamualaikum w.b.t

MasyaAllah, dah 9 bulan takde post pape kat blog ni..
huhh,,banyak betul sawang tergantung.. hahaa (krikkrik)
busy.. busy.. and busy . macam PM plak busy aku ni
hmm, sedar tak sedar dah nak habis pun 2014, skarang dah hujung bulan 9 kan
yeeehaaa 1 month to go.. pastu habis la stpm aku, then membela badan bfore dapat tawaran mana2.. inshaaAllah kalau ada rezeki

Dalam tahun ni, aku dapat dua anak saudara. fuhh cepat kan...
diorang beza dalam 4bulan camtu je 


this is Muhammad Adam Khalif.. anak kakak yang ke-2


and this yang kedua, Siti Maryam Humaira anak kakak sulung

semoga kamu semua membesar mnjadi anak yang soleh & solehah ye Adam and Maira.. aminnn


hmmmm..


dan aku, membela badan sampai lagi besar dari mak. HAHA 


ok lah sambung lagi nanti. 
Assalamualaikum 









1 January 2014

Happy ' ' ♥



Assalamualaikum , Hello ..



FIRST,


Happy First Anniversary sayang . Alhamdulillah cukup setahun kita kenal kan . Macam2 pahit manis kita lalui . Ermmm, rasenye pahit tak kot , manis je yang banyak kann . Hehe
Pejam celik cepat je masa berlalu kan . Rasa macam baru je kenal semalam . walawehh ! HAHA




HAHA .. tengok la mesej pertama dia kt aku dalam facebook . Katanya kalau nak start pikat , kena tanya soalan yang sememangnya salah jawapannya . Nasib aku tak jawab ' ye nak masuk jugak ' . Kalau tak masak aku kene rebus dengan kak aku .. 


Tapi before aku nak reply mesej tu , banyak kali jugak aku fikir nak reply ke tak . Sampai aku tanya kak aku yang dia tu sapa . Yela , kita tak kenal dia tiba2 tanya pasal upnm pulak kan .. 
Haha .. nasib tergerak jugak hati aku nak reply . Tu pun aku reply sebab akak kenal dia . Akak cakap dia bagus , best student kt upnm . ( Wah wah , kelas kau amin .. HAHAA )


Semakin lama aku kenal dia , dia mula luahkan pada aku




Ok .. umur saya 20 nanti ye . Hehe


Hahaa.. mula2 aku kenal dia , tak ada aku terfikir lansung yang dia sebenarnya nak tackle aku . Aku ingatkan dia nak try kak aku . So semua ayat aku macam biasa2 jelah . 
Sebab sebelum ni ada jugak la student upnm contact dengan aku sebab nak tackle kak aku . Almaklumla , kan orang cakap nak pikat akak kena pikat adik dulu .  (Ahhh .. ada aku hairan korang nak pikat sapa pn) HAHA !


Alhamdulillah , sepanjang aku kenal dia , dia banyak bagi aku semangat . Awal2 kenal pun dia tolong aku dapatkan excuse untuk PLKN . Then , dia ajarkan aku drive kt tengah bandar and bagi semangat utk aku test lesen . Bila aku dapat result spm , dia bagi aku semangat and tolong aku macam2 pasal study . 
Pastu , dia jugak tolong aku dapatkan treatment dengan pakar saraf , yang sekarang baru aku tau aku ni sakit saraf . Aku operate semua dia yang uruskan , sampai sanggup banyak kali ulang alik dari KB ke umah aku kalau aku ad appointment . Kalau dia tak refer aku kt dr. tu , entah sampai sekarang aku tak tahu aku sakit apa. 
Dia jugak banyak tolong aku pasal urusan kereta . Hehe.. pening kepala kan awak tolong saya yang cerewet ni . Bab duit jangan cakap lah , dia tak berkira lansung dengan aku . Macam dia belikan untuk aku , sampai apa yang aku taknak pun dia beli jugak . HAHA.  Nasib dia faham future wife dia ni gila shopping . Hehe


Thanks semuanya sayang . Awak banyak bantu saya sepanjang 2013 . Macam2 kenangan saya dengan awak sepanjang 2013 . In shaa Allah , hubungan yang ikhlas dan setia akan kekal sampai bila2 kan .. 
Amin .....  Hope kita kekal selamanya  




Alhamdulillah , hubungan yang tidak diduga ni telah mendatangkan banyak hikmah dan kebaikan . ALLAH adalah Maha Pengatur yang terbaik dan Maha Bijaksana . Mak selalu cakap , kalau kita baik , in shaa Allah kita akan dapat jodoh yang baik . Sejuk hati bila ingat kata2 mak tu . Allah telah berikan  jodoh yang terbaik buatku sebagai balasan sabar ku selama ni :)



SECOND 



Happy New Year youall semua


 Hello 2014 .............


Hello 19 y.o . Ohhhh usia aku makin meningkat !

Hope 2014 akan jadi tahun yang beruntung dan bermakna untuk aku terus gigih belajar , lebih menghormati ibu bapa dan semua , lebih taat kepada ALLAH , menjadi sahabat yang baik , tunang yang baik dan segala yang baik2 melainkan semua yang baik . Hahaa. merepek dah aku ni !







Tengoklah google ni , ehh semangat betul sambut new year . Haha . nasib aku sempat tengok ..


Okeh , That all . Byeee :)