6 March 2013

Mengapa Perlu Bertudung ??



Assalamualaikum :)



1) Tuntutan agama Islam yang suci.

- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?

Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya. 



2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai ALLAH

-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari.


3) Lebih cerdik,selesa dan sihat

-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.
Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.


4) Tidak membazir

- Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun untuk mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan rambut serta tidak membazir wang!


5) Lebih sopan dan manis

-Lebih 98%  lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang yang paling penting pilih wanita yang bertudung dahulu )


6) Rambut lebih tahan lama dan sihat

-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk rambut!


7) Menjadikan diri anda “Mahal”

- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.


8 ) Lebih dihormati dan dihargai

- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi


9.) Lebih disayangi oleh ALLAH

- Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta melaksanakan perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga akhirat.



10.) Calon Isteri

- Kebanyakan statisitik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai lelaki yang menjadikan wanita islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka sebagai isteri. Jadi jom pikat wanita yang bertudung dan jadikan ia sebagai wanita yang solehah ye.


InsyaAllah.. :)



4 March 2013

Memahami Rajuk Lelaki :P



Assalamualaikum :)


Merajuk sinonim dangan kaum perempuan. Kononya, sikap merajuk hanya dimiliki oleh kaum perempuan yang hatinya lebih mudah terguris dan tersentuh. Ada yang kata lelaki tak pernah merajuk kerana lelaki merajuk tidak macho dan kurang kejantananya. Benarkah?


Sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai sikap rajuk tersendiri. Malah dikatakan orang lelaki kalau merajuk lagi teruk penangannya. Lagi buruk rupanya.( hahaha..amik kau eby ! ) Wanita merajuk mungkin kerana ingin dimanja dan menguji kasih sayang pasangan terhadap dirinya.


Manakala, lelaki pula merajuk kerana  merasa kurang puas hati atau marah tetapi perasaan itu tidak diluahkan dan dipendamkan sahaja.


Tedapat pelbagai cara untuk memujuk lelaki yang merajuk. Terpulang pada anda untuk memujuk dengan cara yang bagaimana. Salah satu daripadanya dengan mengambil hatinya dan melakukan apa yang disukainya.


Tapi jika sudah pelbagai cara anda gunakan dan dia masih merajuk dengan anda, cara terbaik adalah dengan membiarkan dia melayan perasaannya. Bukan semua orang merajuk suka dipujuk. Ada kalanya orang merajuk perlu dibiarkan bersendirian dan dia akan kembali normal selepas sehari dua.


Tanda-tanda merajuk


1. Buat Tak Tahu. Ini merupakan cara protes paling teruk kerana anda akan berasa geram dan sakig hati dengan perbuatanya. Si dia hanya akan buat acuh tidak acuh dengan dengan segala perbuatan dan percakapan anda, seolah-olah anda tidak berada dihadapanya. Dia mungkin akan melakukan apa yang anda minta tapi semuanya hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Atau lebih teruk lagi, dia akan buat-buat tak dengar apa yang anda katakan padanya.

2. Diam. Sepanjang bersama anda, dia hanya akan mendiamkan diri dan tidak berbual seperti biasa. Dia tidak akan sesekali bersuara walaupun anda bercakap denganya. Sekadar mengangguk atau menggelengkan kepalanya sehaja. Jika ini berlaku, memang sahih dia sedang merajuk dengan anda.


3. Serius Dan Muka Masam. Satu lagi petanda dia sedang merajuk ialah dia bersikap serius apabila berhadapan dengan anda. Kalau biasanya dia gemar mengusik atau menyakat anda, tapi apabila merajuk semuanya berubah. Tambah menyakitkan hati apabila, dia menarik muka apabila melihat kelibat anda.



4. Keluar Rumah Tanpa Beritahu. Kalau dia bertindak keluar rumah melulu tanpa memberitahu anda seperti kelazimanya, dia mungkin sedang merajuk dengan anda. Dia bertidak sedemikian kerana ingin menunjuk protes. Anda pula jangan mendesaknya untuk menjawab pertanyaan kerana pasti dia hanya akan buat tidak tahu sahaja.



5. Tutup Telefon Bimbit. Tutup telefon bimbit merupakan satu tabiat lelaki apabila dia tidak mahu diganggu. Itu juga pentanda dia tidak suka diganggu di saat perasaanya sedang terganggu atau marah. Justru, bagi mengelakkan gangguan anda, dia akan menutup telefon bimbutnya. Sebabnya, mudah. Dia tidak mahu mendengar suara anda kerana khuatir marahnya tidak akan hilang dan ingin mencari ketenangan.


6. Tak Mahu Makan Bersama. Lelaki yang merajuk biasanya tidak mahu berjumpa dan bertentang mata dengan pasangannya. Anda akan tahu jika dia menolak untuk berjumpa dan makan bersama anda dengan memberikan pelbagai alasan. Antaranya, tiada selera, kenyang dan sebagainya. Tapi sebaik sahaja selesai makan, dia terus balik. Geram, kan!


7. Baca Tanpa Henti. Membaca surut khabar antara tabiat orang lelaki. Tak sah baginya kalau tidak membaca akhbar dalam sehari. Tapi kalau dia membaca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab, itu tanda jiwanya tidak tenteram atau ada perkara tertentu yang mengganggu dirinya pada waktu itu. Terutama sekali, jika dia masih lagi membaca walaupun hari sudah lewat malam tanpa memperdulikan diri anda.



8. Menonton Sehingga Larut Malam. Satu lagi petunjuk yang menandakan si dia sedang merajuk dengan anda ialah si dia akan menonton televisyen sehingga larut malam walaupun rancangan tersebut bukan siri kesukaanya. Pandanganya mungkin terarah ke kaca televesyen tapi hati dan fikiranya mungkin menerawang ke tempat lain. Anda perlu peka jika dia bersikap seumpama ini.

Abe ebyyyy, entry ni untuk awak.. Hahaha -..-