28 December 2012

Takde Tajuk..




Hah, takde tajuk?? Hihii, entry ni memang takde tajuk pun. takde idea nk namakan apa. Actually entry ni pun sama je macam entry2 yg sbelum ni. kbanyakkan post gambar kn..


3 hari lepas my family n i pergi beli kain untuk baju and langsir kenduri akak.. hihi, awal benor belinye.. sekarang kan akhir tahun mesti la ada big sale.. Seperti yang dijangka, memang ada !
Hooorayyy, sakan kami borong. well, untung jadi anak tukang jahit ni. beli kain ape pn tak kesah sebab mak yang jahitkan. upah jahit pun dah jimat. 





 makcik ni la yang melayan kami. Hihii, nmpak kan banyak mna kain dia bawak tu. semua tu kain kami la. tu baru setengah, ada lagi kt kaunter. ramai jugak la orang datang kedai tu masa kami pergi tu. Ya Allah, kain sangat sangat sangat sangat murah gilaaaaaaaaaaaaa lahhh !!! memang tersangat berbaloi lah kalau beli bnyak mana pun.












And and and, baru ni aku try try jahit manik kt tudung. Hihii, menjadi tau. tengok orang jual sampai Rm80 lebih. huishh, dari beli baik buat sendri. bukan kedekut tapi berjimat.. Hahaha
why kita perlu beli kalau kita boleh buat sendiri kan..




sorry, just nampak sikit je jahitan tu. sebenarnya penuh lagi atas kepala. akak aku no3 balek sini ahad baru ni pun suruh aku jahitkan untuk tudung dia. hurmm, dah kakak kan kena tolong jugak la. tapi kalau akak nak bagi upah pun ok jugak. alaaa harga adik bradik Rm50 dah la.. Hahaha..(cekik darah)


Bye -..-

19 December 2012

Mereka Gembira Dengan Usaha Mereka :)




Haiii..

Today, result PMR keluar.. wahh,ramai yang dapat straight A .. tahniah ye adik2. Kekadang terfikir cemana la mereka ni belajar sampai dapat banyak A.. hukhukk, actually i'm very very very jealous with them. yelaa, masa aku form3 dulu tak dapat 8a macam mereka2 tu pun.. just 7A1B.. Alhamdulillah, itu pun dah memadai.  Memang aku tak target dapat banyak tu, almaklumlah saya ni bukan pandai bebenor punn.. hihi








 Hoho, dapat result terus tengok result dulu bukan nak tengok muka PPD tu.. apa lah kau Ainshah.. Hihii




nampak tak benda bulat yang ada tulis Straight A kat tudung tuuu.. Aiyooo, tak straight pun, tercicir 1A..

Hari ni cukup 2tahun aku meninggalkan PMR.. ahhh, macam2 kenangan suka duka masa form3.. but semua tu adalah sekadar ujian kehidupan.. now aku dah habis SPM.. lagi 3bulan result keluar.. Huhh, wish me lucky ..

16 December 2012

Oppa Gangnam Style !




Haii oalls..
Hihi, satu dunia dah tau lagu ni kn.. sebut ja Gangnam Style, mesti semua orang tau lah.. termasuklah my anak menakan pun dah tau lagu ni. pantang dengar lagu ni mesti nak menari.. Hahaha, faham2 la budak 1tahun 9bulan menari cemana kann.. sampai dalam kereta pun dia nak menari bila dengar lagu ni di radio..

Hai Marwan, nasib la kau tak boleh cakap lancar lagi.. Agaknya kalau dah lancar entah2 setiap hari chu akan dengar kamu nyanyi lagu ni... Tapi sumpah lawak tengok Marwan menari.. Hahaha... nak tengok ??







Video ni diambil last week masa my family n i pergi rumah akak di Ipoh..
Seriously, tak larat nak melayan kerenah budak kecik sorang ni.. Tak boleh dok diam lansung, mesti ada ja yg dia nak buat.. Haiiiii,, Marwan marwan :)



12 December 2012

Wanita Idaman Lelaki ♥




Wahai wanita, sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,tercipta dari tulang rusuk. Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang, kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu menarik sang kumbang untuk mendekatimu. Namun, bukan semua bunga mampu menarik kumbang jika terdapat cacat cela. Antara ciri wanita idaman lelaki adalah :


1. Berpegang Kepada Agama

Wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Batas-batas syariat yang dipegang dan terpelihara dalam hidupnya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini.



2. Kecantikan Dalaman

Wanita yang tulen adalah lemah lembut dalam perwatakannya tetapi mempunyai prinsip dalam hidup. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh ramai lelaki. Kalau cantik, tu dikira sebagai BONUS.

Wanita yang mempunyai kecantikan dalaman tidak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk mencari nama dan wang. Mereka tidak akan sesekali tunduk pada nafsu atau berbuat sesuatu semata-mata kerana mahukan harta dan kekayaan.



3. Manja

Lelaki suka wanita yang keanak-anakan atau yang ada sifat manja, supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai pelindung. Namun begitu, sifat manja dan keanak-anakan yang melampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu seperti kurang matang.



4. Pandai Menjaga Kecantikan

Lelaki menginginkan wanita yang pandai menjaga kecantikan dirinya. Wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. Mereka akan kelihatan bertambah cantik jika bijak menguruskan penampilan diri. Lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga.



5. Berakhlak Mulia

Wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. Wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. Merekalah ibu, isteri, kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami.



6. Tidak Mempamer Keseksian

Lelaki suka menjamu mata dengan melihat aurat wanita, namun tidak suka menjadikanya isteri kerana keindahan diri wanita tu seolah-olah menjadi barang pameran untuk mata semua lelaki.



7. Tidak Cerewet

Lelaki suka pada wanita yang tidak cerewet. Mengapa pula? Sebab wanita yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan lelaki merasa jemu dengannya. Biasanya, wanita yang cerewet suka mengkritik apa saja yang tidak disenanginya walaupun perkara itu hanyalah perkara kecil.



8. Memahami Lelaki

Wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. Lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. Pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. Lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan.



9. Sejuk Mata Memandang

Wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seorang lelaki. Ciri-ciri Wanita Sejuk Mata Memandang seperti di bawa ini:

.:: – Bersopan satun

.:: – Senantiasa memaniskan wajah

.:: – Senantiasa memberikan senyuman ikhlas

.:: – Menutup aurat

.:: – Ramah dan mesra

.:: – Tidak terlalu cemburu

.:: – Menghormati orang lain


~ Inilah 9 ciri-ciri wanita yang menjadi idaman lelaki

6 December 2012

Selesai ♥




Haiii.....

 Fuhh,lama dah tak update blog.hampir sebulan lebih jugak lah kann.. well, busy lah katakan.. hihi, happy tau tak happy sangat sebab SPM dah habis. MERDEKA!! Kawan-kawan kelas ada yang dah merdeka awal tapi aku and student engineering drawing ja lewat sikit.. so,lepas ni mesti akan rindu cikgu2 and kawan2. semua dah kemana hala dah.. PLKN? Syukur,dapat panggilan 2@3. Yeaaahhhh !!
but my mom tak bagi aku pergi Plkn sebab masalah backbone aku belum baik lagi. doktor pn cakap aku ni tak layak pergi aktivti2 macam tu.. doktor akan keluarkan surat untuk kecualikan aku dari pergi Plkn.. mhehehee... SELAMAAATTT :D


Alhamdulillah, last week my sister selamat bertunang... yeaaahhhh ! but yang sedih kak aku no.3 tak dapat ada dengan kami masa majlis tuning tu.. kak kena masuk kem before pukul 10 malam, mana sempat kalau kak naik bus petang. Kalau kena masuk hari isnin takpa lah jugak,sempat lah nak tengok majlis tu. Erggghh, dah la aku yang kena hantar kak ke stesen bus.rasa macam nak ja berhenti moto tengah2 jalan sebab taknak bagi kak balek. So terpaksa lah naik bus pagi, pkul 10.30 pagi. Nak taknak terpaksa jugak lah. Tapi syukur majlis berlansung dengan lancar. Tempoh tunang sampai bulan 6 next year. Rasa macam tak pecaya pulak akak dah nak kawin. Rasa macam baru semalam kak habis STPM. Eh eh, sorry cikgu chemist sebab saya tak dapat datang kelas cikgu ahad tu... Hehehee 

























Aku menjadi photogirl dan mengedit semua gambra pada hari tu.. tengok, ok tak???
Tak sabar nak tunggu kenduri bulan 6 ni... ♥