19 March 2013

Alhamdulillah :)




Assalamualaikum :)



Agak lama tak update blog.. hermm,busy sangat. busy tanam anggur and semai pokok anggur.. Hahaha.
Si ehemm tu pun asyik tengok blog ni tapi takde entry baru pun.. hehe kesian dia.


Alhamdulillah,
aku terlepas dari plkn. Buat bones check di Hospital Baling and Gerik tak boleh detect. Tapi baru ni aku g Hospital Kota Bharu boleh pulak detect. Alhamdulillah, ada akak si ehemm pakar tulang yang settle kan hal plkn ni. So now tak payah kot nak fikir pasal nak kena g plkn.. Yahoooo !
Terharu and kesian tengok si ehemm letih sangat nak arrange kan semua ni untuk aku.Sampai nak tido and bangun tido pun dia asyik fikir pasal ni.
Thankyouuu soooo much sayang !
Kalau takde awak tolong saya ni confrm saya kene g plkn jugak kan. Tak rela la nak g, dengan badan tak sihat sangat camni.


Berat rasa hati nak balik Perak sebab nak tinggalkan si ehemm. Tapi ape boleh buat, takkan nak stay sana sampai sebulan kot.. Hehehe.. tapi lepas ni pun ada treatment kan, so boleh la jumpa lg.. Wahh, excited nak dapat jumpa lagi :)


Alhamdulillah,
hari ni aku g test jpj lulus. Hahaha..agak pelik cemana la aku ni boleh lulus padahal banyak gilaaaa salah aku. Semua tu silly mistakes je maybe sebab terlalu 'gelabah cicak' kot.. Hehe
Dengan tak sedar hand break pun aku lupa nak turunkan. Dia siap tanya aku, tak rase berat ke kreta ni. Dengan slambernya aku jawab a'ah rase berat jugak. Hahaha.ngoi la aku ni !
nasib penguji tu baik suruh aku teruskan. Tapi seingat aku, aku turunkan handbreak la. Pelik pelik !!
Then bila sampai satu simpang tuuu... Hahahaha ! mati enjin 2kali makkk oiiiii. Nak tukar gear 1 jadi gear 3. Aiyoooo, nape la aku gelabah sangat ni. benda yang selalu aku buat pun boleh aku silap lagi. Tengok betapa gemuruhnya duduk sebelah jpj. Nak jadi rezeki aku lulus pulak... Eh,tak payah tau la aku lulus berapa eh. malu nak bagitau sini.. hihi
dah siap terus call si ehemm. Gelak besar la dia aku bagitau semua ni. Eiiiii geram aku dia tak habis2 nak fikir ape aku buat sampai boleh lulus. Dia cakap kalau dia yang jpj tu memang aku dapat 5 je... hahaha..kejam betul lah !



Alhamdulillah,
Allah mendengar doa aku. (doa aku and si ehemm.haha poyo je! )
Setiap kali solat mesti aku minta dipermudahkan urusan plkn, urusan lesen and result.
Terima kasih Ya Allah.. Engkau Maha Pengasih dan Maha Pemurah
2 doa aku dah dimakbulkan Allah.. sekarang just tinggal result je Khamis ni..
Makkk, takut laa !!
tapi aku redha and tawakal je nak dapat berapa pun. family pun tak kisah result aku ok ke tak,sebab keadaan aku masa nak exam sangat tak ok kan.
Tawakal and doa jela aku boleh buat sekarang pun.


Wish me luck untuk khamis ni.. :)











6 March 2013

Mengapa Perlu Bertudung ??



Assalamualaikum :)



1) Tuntutan agama Islam yang suci.

- Puteri Rasulullah kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. “Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.
Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya. Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka diseksa dengan teruk dalam keadaan itu?

Rasulullah menjawab, “Wahai puteriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak  menutup rambutnya sehingga terlihat oleh lelaki yang bukan muhrimnya. 



2) Mengurangkan dosa daripada terus dimurkai ALLAH

-Sehelai rambut yang diperlihat kepada seorang lelaki, satu dosa anda dapat.  Kalau sehelai rambut sengaja diperlihat kepada 10 lelaki maka 10 dosa anda dapat. Tahukah berapa ribu helai rambut anda? Dan tahukah berapa ribu lelaki yang akan anda temui hampir siap hari.


3) Lebih cerdik,selesa dan sihat

-Kepala yang dilindungi tudung akan lebih selesa, cuaca panas dapat dilindungi melalui pemakaian tudung. Kepala yang sihat dan selesa akan mendorong kelancaran perjalanan darah di otak, otak akan dapat berfikir dengan cepat dan baik.
Pemakaian tudung juga akan mengelakkan kepala dihinggap oleh serangga-serangga yang akan merosakkan rambut dan kepala.


4) Tidak membazir

- Tak perlu lagi ke kedai rambut atau salun untuk mencantikkan rambut dan membuang masa dengan meluruskan rambut dan mewarnakan rambut serta tidak membazir wang!


5) Lebih sopan dan manis

-Lebih 98%  lelaki mengakui wanita bertudung nampak lebih sopan dan manis. (Jadi korang yang paling penting pilih wanita yang bertudung dahulu )


6) Rambut lebih tahan lama dan sihat

-Fakta: Rambut yang terdedah kepada sinaran UV akan merosakkan dan menggalakkan keguguran rambut. Walaupun anda memakai pelbagai bahan kosmetik pelindung, hakikatnya bahan itu mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk rambut!


7) Menjadikan diri anda “Mahal”

- Kebanyakan lelaki berpendapat bahawa wanita bertudung ibarat buah epal manis yang sedang masak ranum di pokok tetapi sukar dicapai kerana kedudukannya di puncak pokok berbanding epal-epal lain.


8 ) Lebih dihormati dan dihargai

- Wanita bertudung lebih dihormati ramai, setiap tutur katanya menjadi panduan dan kesopanan serta sifat merendah diri menjadikan anda begitu dikagumi


9.) Lebih disayangi oleh ALLAH

- Wanita yang bertudung dengan cara yang betul serta melaksanakan perintah ALLAH akan terus dilindungi oleh ALLAH sehingga akhirat.



10.) Calon Isteri

- Kebanyakan statisitik yang diambil di Asia Tenggara. Ramai lelaki yang menjadikan wanita islam yang bertudung sebagai pilihan utama mereka sebagai isteri. Jadi jom pikat wanita yang bertudung dan jadikan ia sebagai wanita yang solehah ye.


InsyaAllah.. :)



4 March 2013

Memahami Rajuk Lelaki :P



Assalamualaikum :)


Merajuk sinonim dangan kaum perempuan. Kononya, sikap merajuk hanya dimiliki oleh kaum perempuan yang hatinya lebih mudah terguris dan tersentuh. Ada yang kata lelaki tak pernah merajuk kerana lelaki merajuk tidak macho dan kurang kejantananya. Benarkah?


Sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai sikap rajuk tersendiri. Malah dikatakan orang lelaki kalau merajuk lagi teruk penangannya. Lagi buruk rupanya.( hahaha..amik kau eby ! ) Wanita merajuk mungkin kerana ingin dimanja dan menguji kasih sayang pasangan terhadap dirinya.


Manakala, lelaki pula merajuk kerana  merasa kurang puas hati atau marah tetapi perasaan itu tidak diluahkan dan dipendamkan sahaja.


Tedapat pelbagai cara untuk memujuk lelaki yang merajuk. Terpulang pada anda untuk memujuk dengan cara yang bagaimana. Salah satu daripadanya dengan mengambil hatinya dan melakukan apa yang disukainya.


Tapi jika sudah pelbagai cara anda gunakan dan dia masih merajuk dengan anda, cara terbaik adalah dengan membiarkan dia melayan perasaannya. Bukan semua orang merajuk suka dipujuk. Ada kalanya orang merajuk perlu dibiarkan bersendirian dan dia akan kembali normal selepas sehari dua.


Tanda-tanda merajuk


1. Buat Tak Tahu. Ini merupakan cara protes paling teruk kerana anda akan berasa geram dan sakig hati dengan perbuatanya. Si dia hanya akan buat acuh tidak acuh dengan dengan segala perbuatan dan percakapan anda, seolah-olah anda tidak berada dihadapanya. Dia mungkin akan melakukan apa yang anda minta tapi semuanya hanya sekadar melepaskan batuk di tangga. Atau lebih teruk lagi, dia akan buat-buat tak dengar apa yang anda katakan padanya.

2. Diam. Sepanjang bersama anda, dia hanya akan mendiamkan diri dan tidak berbual seperti biasa. Dia tidak akan sesekali bersuara walaupun anda bercakap denganya. Sekadar mengangguk atau menggelengkan kepalanya sehaja. Jika ini berlaku, memang sahih dia sedang merajuk dengan anda.


3. Serius Dan Muka Masam. Satu lagi petanda dia sedang merajuk ialah dia bersikap serius apabila berhadapan dengan anda. Kalau biasanya dia gemar mengusik atau menyakat anda, tapi apabila merajuk semuanya berubah. Tambah menyakitkan hati apabila, dia menarik muka apabila melihat kelibat anda.



4. Keluar Rumah Tanpa Beritahu. Kalau dia bertindak keluar rumah melulu tanpa memberitahu anda seperti kelazimanya, dia mungkin sedang merajuk dengan anda. Dia bertidak sedemikian kerana ingin menunjuk protes. Anda pula jangan mendesaknya untuk menjawab pertanyaan kerana pasti dia hanya akan buat tidak tahu sahaja.



5. Tutup Telefon Bimbit. Tutup telefon bimbit merupakan satu tabiat lelaki apabila dia tidak mahu diganggu. Itu juga pentanda dia tidak suka diganggu di saat perasaanya sedang terganggu atau marah. Justru, bagi mengelakkan gangguan anda, dia akan menutup telefon bimbutnya. Sebabnya, mudah. Dia tidak mahu mendengar suara anda kerana khuatir marahnya tidak akan hilang dan ingin mencari ketenangan.


6. Tak Mahu Makan Bersama. Lelaki yang merajuk biasanya tidak mahu berjumpa dan bertentang mata dengan pasangannya. Anda akan tahu jika dia menolak untuk berjumpa dan makan bersama anda dengan memberikan pelbagai alasan. Antaranya, tiada selera, kenyang dan sebagainya. Tapi sebaik sahaja selesai makan, dia terus balik. Geram, kan!


7. Baca Tanpa Henti. Membaca surut khabar antara tabiat orang lelaki. Tak sah baginya kalau tidak membaca akhbar dalam sehari. Tapi kalau dia membaca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab, itu tanda jiwanya tidak tenteram atau ada perkara tertentu yang mengganggu dirinya pada waktu itu. Terutama sekali, jika dia masih lagi membaca walaupun hari sudah lewat malam tanpa memperdulikan diri anda.



8. Menonton Sehingga Larut Malam. Satu lagi petunjuk yang menandakan si dia sedang merajuk dengan anda ialah si dia akan menonton televisyen sehingga larut malam walaupun rancangan tersebut bukan siri kesukaanya. Pandanganya mungkin terarah ke kaca televesyen tapi hati dan fikiranya mungkin menerawang ke tempat lain. Anda perlu peka jika dia bersikap seumpama ini.

Abe ebyyyy, entry ni untuk awak.. Hahaha -..-