Assalamualaikum :)
Merajuk
sinonim dangan kaum perempuan. Kononya, sikap merajuk hanya dimiliki
oleh kaum perempuan yang hatinya lebih mudah terguris dan tersentuh. Ada
yang kata lelaki tak pernah merajuk kerana lelaki merajuk tidak macho
dan kurang kejantananya. Benarkah?
Sebenarnya, baik lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya mempunyai sikap
rajuk tersendiri. Malah dikatakan orang lelaki kalau merajuk lagi teruk
penangannya. Lagi buruk rupanya.( hahaha..amik kau eby ! ) Wanita merajuk mungkin kerana ingin
dimanja dan menguji kasih sayang pasangan terhadap dirinya.
Manakala, lelaki pula merajuk kerana merasa kurang puas hati atau marah
tetapi perasaan itu tidak diluahkan dan dipendamkan sahaja.
Tedapat pelbagai cara untuk memujuk lelaki yang merajuk. Terpulang pada
anda untuk memujuk dengan cara yang bagaimana. Salah satu daripadanya
dengan mengambil hatinya dan melakukan apa yang disukainya.
Tapi jika sudah pelbagai cara anda gunakan dan dia masih merajuk dengan
anda, cara terbaik adalah dengan membiarkan dia melayan perasaannya.
Bukan semua orang merajuk suka dipujuk. Ada kalanya orang merajuk perlu
dibiarkan bersendirian dan dia akan kembali normal selepas sehari dua.
Tanda-tanda merajuk
1. Buat Tak Tahu. Ini merupakan cara protes paling teruk kerana
anda akan berasa geram dan sakig hati dengan perbuatanya. Si dia hanya
akan buat acuh tidak acuh dengan dengan segala perbuatan dan percakapan
anda, seolah-olah anda tidak berada dihadapanya. Dia mungkin akan
melakukan apa yang anda minta tapi semuanya hanya sekadar melepaskan
batuk di tangga. Atau lebih teruk lagi, dia akan buat-buat tak dengar
apa yang anda katakan padanya.
2. Diam. Sepanjang bersama anda, dia hanya akan mendiamkan diri
dan tidak berbual seperti biasa. Dia tidak akan sesekali bersuara
walaupun anda bercakap denganya. Sekadar mengangguk atau menggelengkan
kepalanya sehaja. Jika ini berlaku, memang sahih dia sedang merajuk
dengan anda.
3. Serius Dan Muka Masam. Satu lagi petanda dia sedang merajuk
ialah dia bersikap serius apabila berhadapan dengan anda. Kalau biasanya
dia gemar mengusik atau menyakat anda, tapi apabila merajuk semuanya
berubah. Tambah menyakitkan hati apabila, dia menarik muka apabila
melihat kelibat anda.
4. Keluar Rumah Tanpa Beritahu. Kalau dia bertindak keluar rumah
melulu tanpa memberitahu anda seperti kelazimanya, dia mungkin sedang
merajuk dengan anda. Dia bertidak sedemikian kerana ingin menunjuk
protes. Anda pula jangan mendesaknya untuk menjawab pertanyaan kerana
pasti dia hanya akan buat tidak tahu sahaja.
5. Tutup Telefon Bimbit. Tutup telefon bimbit merupakan satu
tabiat lelaki apabila dia tidak mahu diganggu. Itu juga pentanda dia
tidak suka diganggu di saat perasaanya sedang terganggu atau marah.
Justru, bagi mengelakkan gangguan anda, dia akan menutup telefon
bimbutnya. Sebabnya, mudah. Dia tidak mahu mendengar suara anda kerana
khuatir marahnya tidak akan hilang dan ingin mencari ketenangan.
6. Tak Mahu Makan Bersama. Lelaki yang merajuk biasanya tidak
mahu berjumpa dan bertentang mata dengan pasangannya. Anda akan tahu
jika dia menolak untuk berjumpa dan makan bersama anda dengan memberikan
pelbagai alasan. Antaranya, tiada selera, kenyang dan sebagainya. Tapi
sebaik sahaja selesai makan, dia terus balik. Geram, kan!
7. Baca Tanpa Henti. Membaca surut khabar antara tabiat orang
lelaki. Tak sah baginya kalau tidak membaca akhbar dalam sehari. Tapi
kalau dia membaca surat khabar yang sama berulang kali tanpa sebab, itu
tanda jiwanya tidak tenteram atau ada perkara tertentu yang mengganggu
dirinya pada waktu itu. Terutama sekali, jika dia masih lagi membaca
walaupun hari sudah lewat malam tanpa memperdulikan diri anda.
8. Menonton Sehingga Larut Malam. Satu lagi petunjuk yang
menandakan si dia sedang merajuk dengan anda ialah si dia akan menonton
televisyen sehingga larut malam walaupun rancangan tersebut bukan siri
kesukaanya. Pandanganya mungkin terarah ke kaca televesyen tapi hati dan
fikiranya mungkin menerawang ke tempat lain. Anda perlu peka jika dia
bersikap seumpama ini.
No comments:
Post a Comment