28 April 2013

Akhirnya Aku Tahu Juga.. Alhamdulillah :)



Assalamualaikum :)


Rawatan Sakit Tulang Belakang

Sakit tulang belakang yang kronik samada dipinggang atau ditengkok merupakan kesakitan yang sering dialami oleh ramai orang .Tidak kira orang muda atau tua semuanya terdedah kepada penyakit ini. Penyebab sakit tulang belakang ada berbagai, kebanyakknya disebabkan oleh proses penuaan yang melibatkan cakera yang lemah, arthritis sendi faset, lubang tulang belakang yang tersumbat (spinal stenosis) dan juga osteoporosis. Disebabkan tulang belakang melibatkan saraf tunjang maka ramai orang menjadi bimbang jika sakit belakang mereka akan menjadi serious dan bakal  menyebabkan kelumpuhan dan kecacatan. Ramai yang runsing jika kesakitan akan menjadi kronik seumur hidup dan menjejaskan fungsi harian samada bersama keluarga, aktiviti sosial dan juga tugasan di tempat kerja. Atas alasan itu jugalah ramai pesakit rasa takut untuk menjalani pembedahan tulang belakang.


Hari ini saya akan membincangkan penyakit cakera tergelincir dan spinal stenosis, iaitu dua jenis kesakitan tulang belakang yang paling popular di mana kaedah rawatan suntikan epidural selalu dilakukan sebagai opsion kepada pembedahan. Saya akan menyentuh tentang fakta rawatan suntikan epidural steroid ataupun epidurolisis dan juga masalah salah faham yang selalu berlaku dikalangan pesakit.


Penyakit spinal stenosis tulang belakang yang boleh dirawat dengan suntikan epidurolisis

Suntikan epidural steroid dan epidurolisis


Rawatan ini diberikan kepada pesakit yang mengalami cakera tergelincir ataupun spinal stenosis. Suntikan epidural steroid bertujuan mengurangkan bengkak dan keradangan yang berlaku pada akar saraf yang tersepit. Manakala epidurolisis bertujuan untuk  membaik pulih ruang epidural dengan cara melarutkan parut yang terbentuk dalam ruang epidural. Dengan ini akar saraf yang tersepit akan dapat kelegaan dan tidak lagi sakit. 


Dalam kebanyakan kes jika rasa sakit menjadi masalah utama, maka  keberkesanan teknik suntikan epidural dan epidurolisis ini amat tinggi. Tapi jika kelumpuhan menjadi masalah urtama keberkesanannya agak kurang. Kebanyakn pesakit dinasihatkan supaya terus menjalani pembedahan jika tanda –tanda kelumpuhan sudah mula berlaku.


Kerana kerosakan saraf yang tersepit akan dimenifestasikan dengan kesakitan dan kebas terlebih dahulu sebelum beransur kepada gejala kelumpuhan dan masalah buang air kecil dan besar (sindrom kauda ekuina). Jika berlaku kelumpuhan mendadak atau berlaku gejala kauda ekuina, ia memberi amaran bahawa kerosakan saraf berada pada peringkat serious dan pembedahan perlu dilakukan segera.Kerosakan saraf jika berlaku akan bersifat kekal dan tidak akan sembuh semula.Jadi pesakit tidak akan sembuh dari kelumpuhan yang dialaminya.


Selain dari itu faktor masa juga memainkan peranan penting. Lebih lama penyakit cakera tergelincir atau spinal stenosis yang dialami, maka makin sukar untuk sembuh dengan rawatan suntikan epidural/epiduroplasti ini.Statistik menunjukkan suntikan epidural yang dilakukan pada satu bulan pertama menjanjikan penyembuhan hingga 90%.Bila merawat pesakit saya secara suntikan epidural, biasanya saya boleh memberi anggaran kasar peratus keberkesanan yang bakal dicapai. Ini kerana dari pemeriksaan saya akan dapat mengagak kadar keterukan penyakit cakera tergelincir dan spinal stenosis tersebut. Hakikatnya keterukan kesakitan yang dialami dan keberkesanan rawatan suntikan selalunya tidak selari dengan laporan MRI. Ramai pesakit saya sembuh walaupun lapuran MRI mereka nampaknya amat menakutkan. Jadi jika doktor memutus kan untuk melakukan pembedahan berdasarkan MRI sahaja, itu satu kesilapan yang besar.




Suntikan epidural steroid untuk rawatan cakera tergelincir



Kebimbangan untuk rawatan pembedahan


Walaupun kaedah suntikan epidural dan epidurolysis  mamapu merawat kebanyakan pesakit  dari dua punca diatas, tapi masih ada 10-20% pesakit  yang gagal. Mereka yang gagal dirawat secara suntikan akan seterusnya akan dicadangkan rawatan cara pembedahan. Ramai orang takut untuk menghadapi  pembedahan tulang belakang kerana takut akan komplikasi yang lebih teruk(kelumpuhan). Perlu diingatkan disini bahawa kejayaan suntikan epidural untuk cakera tergelincir atau spinal stenosis lebih  ketara jika dilakukan pada peringkat awal dan pertengahan. Dengan kata lain suntikan ini mungkin kurang berkesan jika mereka diperingkat yang teruk. Sebab itu pesakit memberi respon pada suntikan yang berbeza walaupun mengalami masalah tulang belakang yang sama.Malah mengikut amalan klinikal yang standard, kegagalan rawatan suntikan merupakan indikasi pembedahan tulang belakang yang misti dilakukan. Kegagalan melakukan pembedahan akan menyebabkan kelumpuhan yang serius dan kekal.


Kebimbangan ini kadang-kadang sampai diperingkat melampau dimana pesakit tidak mahu mendengar lagi saranan doktor untuk dilakukan pembedahan. Ramai pesakit saya menolak rawatan pembedahan walaupun saya menegaskan rawatan suntikan akan memberi peluang sembuh yang tipis. Ini berlaku setelah mereka melihat beberapa contoh pesakit lain yang tidak sembuh atau semakin teruk setelah menjalani pemvbedahan tulang belakang. Mereka merujuk kepada pesakit yang terdiri dari saudara mara, jiran ataupun kawan-kawan mereka yang terdahulu melakukan pembedahan tulang belakang. Komplikasi yang dilihat seperti kelumpuhan, kesakitan yang berganda , ketidakupayaan selalunya amat ketara dan menjejaskan kehidupan mereka.


 Walaupun hakikat kegagalan pembedahan tulang belakang menjangkau 10-40%  tapi, dari sudut positifnya masih 60-90% pesakit masih berpeluang sembuh melalui teknik pembedahan.Untuk pesakit yang menghidapi masalah cakera tergelincir dan spinal stenosis dan berminat menjalani rawatan suntikan epidural atau epidurolisis, saya ingin mencadangkan beberapa saranan yang berguna untuk anda;

Anda dinasihatkan melakukan rawatan suntikan ini secepat mungkin.Lagi awal rawatan dilakukan, makin tinggi peluang untuk sembuh.
  • Jika anda sudah berusia dan juga mengalami banyak masalah kesihatan lain seperti darah tinggi , kencing manis atau sakit jantung, maka rawatan suntikan mungkin menjadi pilihan anda yang utama kerana komplikasi pembedahan adalah terlalu tinggi dan serius.
  • Tidak salah mencuba kaedah rawatan suntikan epidural/epidurolisis walaupun diperingkat yang kritikal. Ini terbukti ada pesakit yang berpeluang sembuh setelah menjalani rawatan ini.Dengan syarat anda juga bersedia untuk rawatan pembedahan.
  • Jika anda gagal mendapatkan kelegaan setelah menjalani rawatan suntikan epidural/epidurolysis anda perlu bersedia untuk menjalani rawatan pembedahan. Ini amat penting bagi mereka yang ditahap serius/kritikal.
  • Suntikan epidural/epidurolisis dan ubat makan bukan segalanya dalam merawat sakit tulang belakang yang kronik. Ada senaman yang khusus untuk cakera tergelincir dan spinal stenosis  yang perlu anda lakukan secara berkala sebagai sebahagian strategi rawatan multimodal untuk kesakitan kronik.
  • Rawatan suntikan suntikan epidural/epidurolisis ini mampu menyembuhkan kebanyakan  pesakit walaupun ianya tidak berlaku pada semua pesakit .




Tidak kira apa punca  kesakitan kronik anda hasilnya tetap sama iaitu rasa sakit yang berpanjangan, ketidakupayaan atau keilyatan, kebergantungan, kurang pruduktiviti dan  kemurungan.


Mekanisma Kesakitan kronik adalah  komplek.

Dari segi perubatan, kesakitan kronik telah diiktiraf sebagai satu bentuk penyakit secara ekslusif. Tidak kira apa punca kesakitan anda, kegagalan anda untuk mengawal kesakitan pada peringkat awal  meyebabkan perubahan pada marfologi, kimia dan fungsi yang komplek pada system saraf pusat menyebabkan kesakitan kronik ini sukar dirawat.


Proses tindakbalas tubuh terhadap kesakitan yang mulanya bersifat physiologi kini menjadi pathologi (penyakit) jika dibiarkan berlarutan. Proses ini berlaku semulajadi dan diluar kawalan kita. Perubahan pada saraf ini akan menghasilkan symptom yang konsisten iaitu  kesakitan yang berpanjangan, keilyatan, kebergantungan, ketidakupayan, kurang produktiviti, kemurungan dan sebagainya.Kesemua masalah yang bertimpa ini akan sentiasa berganda seiring dengan masa berlalu jika tidak dibenteras.
 Secara umumnya tidak kira apa punca  kesakitan kronik anda hasilnya tetap sama (rasa sakit, ketidakupayaan atau keilyatan, kebergantungan, kurang pruduktiviti, kemurungan). Tidak kira samada anda sakit kepala atau sakit belakang. Jika kesakitan anda berlarutan menjadi kronik, anda berpotensi mendapat komplikasi diatas.


Kesakitan yang anda rasai kini bukan saja berpunca dari sakit tulang belakang (slip disc) sahaja tapi hasil dari jumlah kesemua kesengsaraan yang lahir sebagai komplikasi dari kesakitan asal (sakit belakang) dan juga kesan sampingan rawatan. Konsep ini penting kerana setiap komponen komplikasi (kemurungan, ketidakupayaan dan sebagainya) berupaya untuk menambah terukkan keadaan anda dalam bentuk rasa sakit dan kesengsaraan keseluruhan (total pain) jika dibiaran masa berlalu tanpa rawatan.



Alhamdulillah.. dah jumpa punca. 


: copy from http://drnizarabduljalil.blogspot.com/ , Dr. yang merawatku ^_^

1 comment:

  1. saya penderita slip disc. sejak kene penyakit ni saya jadi kemurungan dan tiada semangat lg..semoga saya kuat dan tabah..saya dah buat epiduralisis...thn lepas...skrg pnyakit dtg kembali...dan akan menjalani epiduralisis buat kali ke 2...doakan sy..t.kasih

    ReplyDelete