Sunnah Nabi Muhammad s.a.w

- Sesiapa
yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan
kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi.
- Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
- Sesiapa
yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan
dapat keberkatan dalam apa jua perkara dengan syarat ia berusaha mencari
keredhaanNya.
- Sesiapa
yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada
sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
- Berselawat
33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu
ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
- ALLAH
akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat
sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
- Sewaktu
menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan
yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai
simbolik kesopanan.
- Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akan di kurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
- Sesiapa
yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik
& wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat
berikutnya-Ahmad.
- Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
- Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi
janggutnya-Tirmizi
- Nabi
tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, beliau makan dan
sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu
pemberian orang lain.
- Sahabat meriwayatkan:
Aku lihat Nabi SAW makan dengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-
Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada
keperluan.
- Menurut
Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat,
saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh
para nabi.
- Setiap
penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum.
InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
- Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat.
- Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
- Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas
solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
- Nabi
SAW sering menghadap ke kanan sedikit setelah solat berjemaah supaya
makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika
bersama makmum
- Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
- Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari.
- Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman .
- Menurut
Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh,
Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
- Nabi
sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain
membersihkan,ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan
hidung
- Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim.
Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
- Sesiapa
yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan
memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
- Apabila
Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi
kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan)
mengepam darah
- Amalan
berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan
jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan
daripadaNYA
- Tika
Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup
telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) –
Bukhari
- Membaca
selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi
keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
- Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan
bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur.
- Munurut
As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara
hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan .
- Silangkan kaki jika tidur di masjid.
- Hadith:Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (kerana bimbang terdedah aurat) – Bukhari
- Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat
berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
- Adakalanya
Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas(mudah) – Abu dawud. Baginda
mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya
yang menyeluruh.
- Menurut
Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya
maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
- Setelah
bersolat Nabi SAW mohon ampun(astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim.
Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
- Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat.
Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya
mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
- Ada
riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas
solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil
seseorang.
- Menutup
mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin,
beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi
terpercik) – Abu Dawud
- Jiwa
yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat
sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas RahmatNya
Sabda
Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada
hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan
bercahaya – Abu Naim
- Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
- Sesiapa
yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan
pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
- Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
- Berdiri apabila melihat iringan jenazah.
- Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) – Muttafaq Alaih
- Ulamak
berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa
hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit
berbahaya yang lain
- Bersujud
syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketika
beroleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap
ALLAH – Abu Dawud
- Membaca
selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan
keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
- Beri
salam hingga tiga kali sahaja.Bahawasanya baginda memberi salam
sebanyak 3 kali, apabila salamnya tak berjawab, beliau beredar.
- Menurut
para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan
yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat
Maghrib
- Melakukan /membantu isteri pekerjaan di rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
- Para
ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa
berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang
berterusan.
No comments:
Post a Comment