26 January 2013

Mencintaimu :)





Novel Mencintaimu… ini ditulis oleh Nas Alina Noah. Boleh dikatakan penulis baru namun punya bakat besar kerana telah berjaya menggarap novel Mencintaimu.. ini dengan begitu baik sekali. Novel ini dikeluarkan oleh Creative Enterprise Sdn.Bhd.satu syarikat yang tidak asing lagi dan novel ini boleh didapati dengan harga RM34.90. Berikut adalah sinopsis novel Mencintaimu… .

Camelia…Nur Camelia atau Tengku Nur Camelia binti Tengku Raffieq adalah seorang anak periang, nakal, manja dan teramat degil. Anak bongsu daripada 4 orang adik beradik dan dia satu-satunya anak perempuan tunggal keluarga ini. Berkali-kali melaungkan kata-kata yang dia tidak akan memilih lelaki yang sudah berkeluarga dihadapan teman-teman rapatnya iaitu Pinky,Noni, Hajar dan Emmy.

Takdir akhirnya menemukan Camelia dengan seorang lelaki yang pendiam iaitu Mohd Danielle Benjamin atau Benji. Benji seorang yang pendiam dan hanya suka tersenyum sepatah kata dia pun dia tidak pernah keluarkan kecuali “Selamat Hari Raya”. Mereka berkenalan ketika keluarganya berhari raya dirumah keluarga Benji.

Selepas pertemuan itu tanpa disedarinya keluarga kedua belah pihak telah mengatur rancangan untuk menyatukan mereka. Camelia hanya tahu yang dia bakal ditunangkan dengan lelaki bisu tersebut cuma satu jam sebelum pihak rombongan tiba. Camelia pada mulanya enggan menerima kerana tidak sanggup meninggalkan zaman remajanya dengan begitu cepat namun ibunya tetap mendesak dan mengugut. Lalu akhirnya dia terpaksa bersetuju demi untuk tidak memalukan kedua orang tuanya. Dalam masa setahun Camelia akan berkahwin. Camelia malu kepada sahabat-sahabat kerana dia yang degil ini telah dipaksa untuk bertunang dan berkahwin dengan lelaki yang dia tidak cintai.

Untuk merapatkan hubungan Camelia dengan Benji sekali lagi keluarganya berpakat dengan teman baiknya iaitu Pinky untuk memujuk Camelia mengikut Benji yang ingin bercuti sambil membuat kajian sejarah kerana Benji adalah seorang Arkeologi. Mahu tidak mahu akhirnya dia terpaksa juga mengikut memandangkan dia juga sukakan sesuatu yang adventure . Sepanjang perjalanan dengan menaiki keretapi itu, dia hanya membuat kepalanya sendiri. Sungguhpun begitu Benji tidak putus asa masih cuba-cuba juga bercakap dengan Camelia. Pengembaraan mereka turut ditemani oleh sepasang pengantin baru iaitu teman Benji. Apabila sudah sampai di Gunung Stong mereka mendaki dan berkhemah selama 3 minggu. Semasa disana Benji akhirnya berjaya membuatkan Camelia jatuh cinta kepadanya. Sedangkan dia sendiri tidak pernah sekalipun menyuarakan kata-kata azimat itu kepada Camelia walaupun hatinya sendiri berkecamuk dengan rindu dan sayang.

Sekembalinya daripada Gunung Stong Camelia telah menjadi seorang perindu. Dahulunya benci dan sekarang bencinya sudah bertukar kepada sayang. Semakin tiba hari yang bahagia itu semakin Camelia tidak senang duduk dan tidak sabar meniti hari bahagia. Namun ketika dia hendak ke Universiti dia telah terserempak dengan Benji bersama-sama dengan seorang wanita cantik dan bertudung di sebuah restoran. Hatinya mula berkata-kata tapi dia cuba juga menapis segala rasa yang tidak menyenangkan itu. Camelia tidak mampu menutup perkara itu begitu saja lalu dia memberanikan diri berjumpa dengan ibu Benji dan bertanyakan hal itu. Namun ibunya menafikan dan katanya Benji berkursus. walaupun curiga Camelia tetap menerima.

Hari bahagia itu datang juga Camelia yang sudah siap diandam itu hanya menunggu masa untuk di ijabkabul pada bila-bila masa saja. Ayahnya, Tengku Raffieq naik masuk kedalam bilik sambil menjinjing beg besar milik Benji. Akibat kerana terlalu penuh isi kandungan didalam beg itu sebahagian besarnya ternganga dan menampakan isi kandungan beg tersebut. Hati Camelia bagaikan dicarik-carik untuk mengetahui kandungan beg itu lalu dia hampir dan memegang beg itu, dengan tidak semena-mena dompet bakal suaminya itu terjatuh lalu dia mengambilnya dan membuka dompet tersebut tersembul satu wajah asing berada didalam pelukan suaminya. Camelia kaget mengapa harus ada orang lain mendapat tempat istimewa itu. Lalu dia menyelongkar lagi dan dia terjumpa diari milik Benji. Hatinya berkecamuk samada mahu membuka atau tidak dalam pada itu tangannya membuka juga pantas matanya tertancap pada muka surat pertama itu yang bertulis “Bellyna…aku tetap menyintaimu..” Camelia mula menitiskan airmata.

Dia mula berkata-kata mungkinkah Benji juga telah dipaksa berkahwin sama seperti dirinya. Sementara itu dibawah Benji telah siap diakad dan sedang menuju kedalam biliknya untuk upacara pembatalan air sembahyang. Camelia berpura-pura tidak mengetahui apa-apa sehingga dia dapat bersemuka dengan Benji lantas bertanyakan tentang wanita yang berada didalam dompet suaminya itu. Benji hanya diam seribu bahasa. Camelia nekad keluar dari rumah pada malam dia dinikahi juga. Dia berasakan yang dia telah ditipu dan dikhianati. Atas nasihat Pinky dia akhirnya pulang juga kerumah dia cuba untuk melupakan semua yang berlaku dan Benji masih tidak membuka mulut menerangkan perkara itu.


Sedikit demi sedikit dia cuba untuk memadamkan apa yang ada difikirannya kerana dia sudah terlalu jauh mencintai Benji. Sehinggalah suatu hari dia dan Pinky menangkap suaminya dengan perempuan yang ada didalam gambar itu disebuah hotel. Camelia pulang kerumah dan terus meminta penjelasan daripada ibu mertuanya malangnya masing-masing berdiam diri. Camelia mengamuk dan cuba menyerang perempuan itu yang turut mengikut Benji pulang. Ketika itulah ibu mertuanya membuka mulut dan mengatakan Benji dan perempuan yang bernama Intan Azura itu adalah suami isteri. Katanya lagi ibubapanya juga tahu hal itu. Camelia berasakan dia telah ditipu oleh ramai orang. Dia berasa malu kerana dia yang sebenarnya telah merampas hak milik orang dalam keadaan malu dia sekali lagi melarikan diri walaupun ditegah mertua, suami dan juga madunya. Kata mertuanya mereka punya sebab kenapa semua itu berlaku. Camelia yang tidak peduli dan terus melarikan diri lagi. Benji masih seperti itu juga terus diam membisu seolah-olah dia telah menjadi bisu buat selama-lamanya.


Teman baiknya yang tidak jemu-jemu menasihati Camelia supaya pulang dan minta penjelasan. Akhirnya hati Camelia yang sekeras batu kerikil itu lembut juga dia pulang Intan Azura menjadi sasaran kemarahannya namun wanita itu tidak sedikit pun ambil hati. Perlahan-lahan dia memujuk Camelia dan menerangkan satu-persatu walaupun masih ada ragu dan masih ada sesuatu yang disembunyikan daripada Camelia, dia telah berjanji untuk menjaga madunya yang sedang menghadapi penyakit berbahaya itu. Camelia mengerti suaminya terpaksa berkahwin dengan Intan Azura yang juga anak angkat kepada keluarga suaminya itu kerana mahu menjaga maruah adiknya itu apabila pengantin lelaki yang diharapkan muncul pada hari pernikahan mereka tidak memunculkan diri. Sungguh pun begitu dia masih liat untuk menerima suaminya dia menganggap suaminya seperti orang asing kerana tidak mampu menerima pembohongan demi pembohongan.

Namun, jauh disudut hati cintanya pada Benji tidak pernah surut malah makin bertambah cuma dia ego untuk mengalah. Bukannya dia tak sayang dia cuma marah dan merajuk malangnya suaminya masih dengan sikap membisu seribu bahasa. Intan Azura berkali-kali meyakinkan Camelia bahawa suami mereka itu amat menyayangi Camelia. Mana mungkin Camelia mahu mempercayainya kerana Benji tidak pernah menyatakan betapa cinta dan rindu dia pada isteri keduanya itu. Sedangkan suaminya itu mencintai orang lain iaitu Bellyna kekasih pertamanya. Dia mengetahui cerita itupun kerana setelah curi-curi membaca diari Benji. Bellyna nama itu sering menjadikan dia cemburu.


Lewat musim itu, Intan Azura pulang kerahmatullah. Camelia nekad dia tak mahu hidup berpura-pura. Dia tidak mahu terus bermain teka-teki. Dia merasakan bahawa hanya dia yang mencintai suami seorang manakala Benji hanya cintakan kekasih pertamanya sahaja iaitu Bellyna. Kali ini dia mahu hilang terus daripada Benji walaupun hakikatnya hatinya meronta-ronta meminta Benji menahan kepergiannya. Apa yang diharapkannya tidak menjadi apabila Benji dengan mudah merelakan dia pergi. Camelia kecewa lagi suaminya yang bisu itu masih tidak mampu untuk berterus terang mengenai hatinya. Camelia pergi dengan kekecewaan dan rindu yang amat sarat. Arah tujuannya adalah Kota London. Dia sudah tidak punya siapa. Ibubapanya memulaukannya kerana marah Camelia telah meninggalkan suaminya. 

3 comments:

  1. panjang sgt laa..mcm best je..lain kali la bc...

    ReplyDelete
  2. oit syg..cerita tak habis... mcm mana ni.. bakar panggung ni... aduhhh fail la syg..sy tgh spirit bc ni...

    ReplyDelete