22 April 2013

Vitamin B17



Assalamualaikum :)


Hihi.. nak jadi doktor la kejap 


Vitamin B17 adalah sejenis ubat untuk menyembuhkan kanser. so that why ramai doktor inggeris tak menghebahkan kebaikan vitamin ni sebab mereka akan alami kerugian kalau orang berubat guna cara macam ni kerana mereka telah mencipta banyak alat and mesin macam mesin kimo tu. Kimo memang baik tapi kimo juga boleh membunuh sel lain, nak bunuh sel kanser, tengok2 sel lain jugak turut berbunuh. Aiyoo ! (tepuk dahi)


Allah telah mencipta banyak benda yang boleh sembuhkan penyakit, walau sehebat mana pun penyakit tu pasti akan ada penawarnya kan.. Allah Maha Bijak dan Maha Mengasihani :)



Sumber Vitamin B17



Blackberi liar
Biji Epal
Biji Apricot
Biji Ceri
Biji Nektarin
Biji Pic
Biji Pir
Biji Plum
Biji Prun
Kacang Parang
Kacang Badam (pahit)
Kacang Macadamia
Daun Alfalfa
Daun Eucalyptus
Daun Ubi Kayu (cassava)
Rebung (Bamboo shoot)



Kita di Malaysia amat bernasib baik kerana pucuk ubikayu yang mengandungi banyak vitamin b17 adalah murah dan boleh dibeli di pasar-pasar. Namun jika anda tidak sukakannya anda boleh memakan biji epal bersama-sama dengan epal sekali, dengan cara ini rasa pahitnya dapatlah dikurangkan. Satu cara mudah untuk mendapatkan bekalan vitamin b17 harian ialah dengan membeli biji aprikot. Rasanya pahit namun ia boleh dimakan bersama buah-buahan atau biji-bijiran seperti oats, seperti anda memakan cornflakes atau muesli untuk sarapan. Selain itu, tekanan perasaan juga boleh mengaktifkan sel kanser. 



Antara banyak-banyak sumber vitamin b17 semulajadi, biji aprikot sangat popular kerana ia mengandungi kandungan nitroliside atau vitamin b17 yang tinggi. Di samping itu, puak Hunza yang telah lama mengamalkan memakan buah aprikot serta biji aprikot didalam diet harian mereka telah membuktikan keberkesanan biji aprikot dalam pencegahan kanser. 



Apa kata Pakar Kanser ?


Dr Dean Burk, Pakar Kanser dari Jerman yang mengkaji secara terperinci menyatakan : "Apabila kami masukkan vitamin B-17 keatas sel-sel kanser dibawah mikroskop kami melihat bahawa sel-sel kanser itu mati dengan cepat sekali"









Biji yang penuh dengan KEAJAIBAN pada abad ke 21:-

•Menyelamat/ membaikpulih fungsi hati
•Membersihkan saluran darah
• Merawat penyakit diabetes
• Menurunkan tekanan darah tinggi
• Memperbaiki fungsi buah pinggang
• Mengurangkan kesakitan sendi tulang
• Memudahkan penurunan berat badan
• Baik untuk pembersihan usus
• Mengawal masalah serawan (ruang putih di dlm mulut)
• Pemangkin kepada kesihatan mental




Vitamin B17 dari Biji Apricot Biji apricot mengandungi kandungan Vitamin B17 yang paling tinggi di dunia.Dengan sering mengamalkannya dapat membantu anda mengawal beberapa jenis penyakit kronik yang berbahaya. Apricot di percayai mempunyai khasiat seperti berikut:-

Anti penuaan, ketahanan badan ,meningkat sistem imuniti , kardiovaskular dan masalah peredaran darah , kencing manis , sawan, keletihan kronik , Detoksifikasi hati penyakit autoimmune/SLE , asma/alahan , radang paru-paru , Mengurangi bintik-bintik hitam dan jerawat , sel-sel mati serta menghilangkan kulit yang kasar.Menghilangkan keputihan, senggugut, melancarkan perjalanan darah haid, kesakitan di bahagian rahim, menghilangkan bau hamis.



Cara makan untuk penggunaan biasa : Amalkan 8-15 biji setiap pagi dan petang sahaja .Di kunyah 65 kali kunyahan sehingga sebati dengan air liur. Sewaktu kunyah pastikan air liur keluar dengan banyak. Ini akan membantu menuteralkan bahan aktif yang ada dalam kandungan biji apricot tersebut.


Aprikot sejenis buah yang berwarna kuning yang sama rupanya seperti buah plum atau pic. Ia kaya dengan beta-carotene, sejenis bahan anti pengoksida dalam vitamin A, dan berkalori rendah. 3 biji buah aprikot membekalkan beta-carotene lebih 50 % daripada keperluan harian dan hanya 50 kalori.


Apricot dipercayai berasal dari China yang mana buah ini telah ditanam sejak 4000 tahun yang lalu. Buah ini turut ditanam di India dan Tibet. Kaum Hunza yang tinggal di pergunungan Himalaya sebagai kaum yang berumur panjang, amat menghargai buah ini kerana kebaikan yang diberikan olehnya terhadap kesihatan mereka semenjak 1500 tahun dulu.



Apricot juga terkenal sebagai makanan kesihatan oleh pengamal perubatan Greek sementara orang Rom pula mendedikasikan buah ini kepada Venus, dewi cinta mereka. Apricot telah diperkenalkan di eropah semasa zaman Alexander The Great.


Apricot termasuk dalam kelas subasid. Asid ini boleh didapati ketika buah ini masih belum masak sepenuhnya. Keasidannya akan semakin berkurangan manakala kandungan gula nya akan semakin meningkat semasa buah ini dalam proses masak.Apricot merupakan buah yang berbiji dan mengandungi pelbagai khasiat. Buah, biji, minyak dan bunga dari buah aprikot telah digunakan di dalam bidang perubatan sejak berkurun lamanya.



Di China ubat yang digelar Apricot Gold diperbuat daripada biji pokok yang ditanam di kawasan tertentu. Ubat ini dikatakan dapat memanjangkan umur. Apricot bagus untuk amenia kerana ia mengandungi zat besi yang tinggi. Walaupun kandungan kuprum dalam buah adalah sedikit namun mineral itu dapat menjadikan besi tersebut dimanfaatkan oleh tubuh....masih banyak lagi khasiat dari buah aprikot...


Kajian-kajian menunjukkan bahawa pemakanan yang kaya dengan beta-carotene seperti aprikot menghindarkan penyakit barah, terutamanya di bahagian paru-paru dan pankreas. Buah aprikot sesuai diamalkan oleh mereka yang sudah atau berhajat untuk berhenti merokok kerana ia berperanan menghilangkan kesan-kesan nikotin, sekaligus mempercepatkan proses pemulihan dan penyembuhan. Kandungan beta-carotene dalam buah aprikot juga membantu menghindarkan pengerasan dalam saluran darah yang menjadi punca penyakit jantung karonari.



Selain daripada itu, aprikot sesuai diamalkan oleh wanita yang baru putus haid kerana buah itu mengandungi boron, yang merangsangkan pengeluaran hormon seks estrogen. Aprikot juga membekalkan garam galian kalium untuk menjaga kesihatan jantung, zat besi untuk menghindarkan keletihan dan jangkitan dan juga silika, sejenis sebatian yang menjamin kesihatan kulit, rambut dan kuku.


Selamat mencuba ^_^


No comments:

Post a Comment